Lawak Gile Siri 1

on Saturday, September 18, 2010
Cerita 1

Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak berapa nampak, aku cari jalan mudah dengan memfollow kereta depan. Tiba-tiba kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam garaj kereta rumahnya.

Cerita 2

Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang sana, ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training habis-habisan, namun anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai lebih awal dari anjing A, siap sempat makan lagi tu.. Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata "Ala... releks le hanjengg.. aku ni kan anjing laut"

Cerita 3

Seorang eksekutif muda dengan penuh semangat bercerita pada temannya tentang kehebatan komputer yang baru dimilikinya. "Bayangkan! Komputer saya ini setiap hari mampu menyelesaikan setengah dari pekerjaan saya".. "Lor.. kenapa ko tak beli dua komputer je?" sahut temannya.

Cerita 4

Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan segera untuk memesan minuman ringan. Setelah pesanan sampai, mereka masing² keluarkan roti sandwich dan mula untuk makan. Pemilik kedai yg dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus menuju ke arah mereka dan seraya berkata "Maaf encik, anda tidak dibenarkan makan sandwich anda sendiri di sini!" Maka dua org sahabat itu perpandangan, serentak mengangkat bahu dan mula menukar sandwich masing-masing..