Free Download Cuti-Cuti Cinta

on Wednesday, December 15, 2010

Filem Cuti-Cuti Cinta arahan Ahmad Idham telah menemui penonton di seluruh pawagam pada 20 Oktober 2010.Filem Cuti-Cuti Cinta ini adalah sebuah filem yang berkonsepkan komedi cinta dimana ianya sarat dengan adegan komedi serta lawak sinikal yang boleh membuatkan anda terhibur.

Pelakon: Farid Kamil,Nora Danish,kumpulan The Fabulous Cats (Cat Farish, Adeep, Wangi & Zizie AF7), Zed Zaidi dan juga Zaibo.

Sinopsis Filem Cuti-Cuti Cinta...

Filem ini berkisarkan Eava Ealiana (lakonan Nora Danish) yang merupakan seorang pengarah di sebuah syarikat kepunyaan bapanya, Tan Sri Zaini (lakonan Zaibo). Sebagai anak tunggal kesayangan, Eava dilimpahi dengan penuh kasih sayang dan kemewahan.

Apabila dewasa, Eava yang berkelulusan luar negeri bekerja di syarikat ayahnya. Eava merupakan seorang yang terlalu cerewet tentang segala-galanya, sombong dan suka membangga diri. Dia juga sering membebel jika tidak puas hati dan sangat tegas.

Pekerja-pekerjanya (lakonan ahli The Fabulous Cats) lebih takutkan Eava berbanding ayahnya. Tan Sri Zaini mempunyai seorang kawan rapat, Datuk Hamzah yang mempunyai seorang anak lelaki, Remy (Zed Zaidi).

Remy seorang playboy yang cuma tahu menghabiskan harta ayahnya sahaja. Remy dan Eava disatukan atas tujuan perniagaan dan niat Datuk Hamzah adalah untuk membolot harta Tan Sri Zaini.


Nantikan Download link beberapa minggu lagi

Apa Ada Pada Google Chrome OS dan Google Webstore

on Tuesday, December 14, 2010
Gambar di atas ialah Google Chrome Notebook pertama yang dikeluarkan oleh Google menggunakan Chrome OS. Diberi nama Cr-48, sempena isotope bagi elemen Chromium.
Notebook Cr-48 bukanlah notebook untuk pasaran komersial, tetapi untuk kegunaan developer terpilih sahaja dan menurut Google juga, pada pertengahan tahun depan akan ada lebih banyak notebook menggunakan chrome OS bakal dikeluarkan oleh OEM seperti Asus dan ACER.

Spesifikasi bagi notebook Cr-48 adalah seperti berikut:
  • 12.1-inch screen.
  • Full size keyboard.
  • Oversized clickpad.
  • Qualcomm Gobi 3G chip for Verizon data in the US, your carrier of choice internationally.
  • 802.11n dual-band WiFi.
  • 8+ hours of active use.
  • 8+ days of standby.
  • Webcam.
  • Flash storage.
Google Chrome Notebook bakal dijual bersama-sama data plan, untuk tujuan online 24/7 disebabkan Chrome OS adalah sistem operasi menggunakan teknologi perkomputeran awan (cloud computing).

Google Chrome OS ialah sistem operasi baru berasakan Linux dan dicipta untuk berinteraksi sepenuhnya dengan aplikasi web menggunakan teknologi cloud computing. Target pengguna Chrome OS ialah mereka yang menghabiskan 99% masa untuk menggunakan internet seperti melayari facebook, twitter, menonton video di youtube, membaca gossip di beautifulnara, membaca artikel menarik di Majalah9, menulis blog, dan sebagainya.
Fungsi offline pada Chrome OS sangat terhad, anda boleh menggunakan aplikasi Google Apps secara offline seperti docs, email dsb dan save local draft, kemudian akan di-sync secara automatik bila anda ada sambungan internet.

Fungsi-fungsi unik Chrome OS
- Chrome OS boot dalam masa 10 saat dan sudah bersedia untuk melayari web. Website load dengan sangat laju dan lancar, dilengkapi teknologi terkini seperti HTML5, Adobe Flash dsb.
- Segala aplikasi, dokumen, settings akan disimpan secara cloud, dengan selamat. Tak perlu risau data hilang sebab hardisk rosak atau orang curi maklumat sebab semuanya akan disimpan di dalam server Google.
- Sambungan 24/7 kepada Internet samada melalui WiFi atau 3G.
- Selamat daripada malware seperti spyware, virus dan worms serta serangan hackers.
- Kemas kini secara automatik menjadikan sistem operasi Chrome OS sentiasa terkini, stabil, laju dan lebih mantap.
Belum jelas lagi samada pengguna boleh menggunakan Chrome OS pada netbook, notebook, pc dan Mac buat masa sekarang sebab berdasarkan sumber Chrome OS hanya boleh digunakan pada device yang mendapat restu Google sahaja.
Pengguna notebook Chrome OS juga hanya boleh menggunakan satu sistem operasi sahaja dan tidak dibenarkan dual boot dengan Windows.

Kelemahan Google Chrome OS
Perlu diingat Chrome OS ini untuk orang yang hidupnya didepan komputer sahaja dan berkomunikasi secara maya sahaja. Jika anda seorang designer atau web developer memang Chrome OS tak boleh substitute perisian desktop biasa yang jauh lebih advanced ke hadapan.

Pemain game tegar juga takkan menyukai Chrome OS ini sebab takkan boleh main game kegemaran anda seperti Pro Evolution Soccer, Call of Duty, Dota dan sebagainya.

Lagipun Chrome OS nie hanya sesuai untuk pengguna dengan internet laju sahaja, sebab tanpa internet laju saya rasa  Chrome OS umpama sampah sahaja. Banyak web apps yang saya cuba load dengan sangat perlahan sampai 5 minit, tak berbaloi.

Nak tunggu internet di Malaysia maju macam kat US dan negara lain, tak tahu lah kena tunggu sampai bila. Buat masa sekarang boleh tengok je la orang lain merasai kehebatan teknologi baru ini.

Sape x suke g class pagi?

on Sunday, December 12, 2010
Bagun pagi2 pergi class lepas 2 tido dalam class cam ni .. adakah patut.. 

Introduction to Material Engineering

Ni la tajuk first untuk  TET 401 MATERIAL ENGINEERING & THERMO FLUID yang harus diambil
hari ni rasa nak tulis note material engineering


What are Materials?

}Materials may be defined as substance of which something is composed or made.

}Materials are obtained from earth crust and atmosphere.
}Examples :- 
Ø Silicon and Iron constitute 27.72 and 5.00 percentage of weight of earths crust respectively.
Ø Nitrogen and Oxygen constitute 78.08 and 20.95 percentage of dry air by volume respectively.


}Materials science deals with basic knowledge about the internal structure, properties and processing of materials.
}Materials engineering deals with the application of knowledge gained by materials science to convert materials to products.

Blogku Berubah wajah lagi

Erm skali lagi blog ini bertukar wajah,warna,tajuk dan sebagainya. Rasa dah bosan dgn theme yg lama kurang menarik dan agak x colourful. Nah ini dia wajah terbaru tnkhairi.blogspot.com