Free Download Cuti-Cuti Cinta

on Wednesday, December 15, 2010

Filem Cuti-Cuti Cinta arahan Ahmad Idham telah menemui penonton di seluruh pawagam pada 20 Oktober 2010.Filem Cuti-Cuti Cinta ini adalah sebuah filem yang berkonsepkan komedi cinta dimana ianya sarat dengan adegan komedi serta lawak sinikal yang boleh membuatkan anda terhibur.

Pelakon: Farid Kamil,Nora Danish,kumpulan The Fabulous Cats (Cat Farish, Adeep, Wangi & Zizie AF7), Zed Zaidi dan juga Zaibo.

Sinopsis Filem Cuti-Cuti Cinta...

Filem ini berkisarkan Eava Ealiana (lakonan Nora Danish) yang merupakan seorang pengarah di sebuah syarikat kepunyaan bapanya, Tan Sri Zaini (lakonan Zaibo). Sebagai anak tunggal kesayangan, Eava dilimpahi dengan penuh kasih sayang dan kemewahan.

Apabila dewasa, Eava yang berkelulusan luar negeri bekerja di syarikat ayahnya. Eava merupakan seorang yang terlalu cerewet tentang segala-galanya, sombong dan suka membangga diri. Dia juga sering membebel jika tidak puas hati dan sangat tegas.

Pekerja-pekerjanya (lakonan ahli The Fabulous Cats) lebih takutkan Eava berbanding ayahnya. Tan Sri Zaini mempunyai seorang kawan rapat, Datuk Hamzah yang mempunyai seorang anak lelaki, Remy (Zed Zaidi).

Remy seorang playboy yang cuma tahu menghabiskan harta ayahnya sahaja. Remy dan Eava disatukan atas tujuan perniagaan dan niat Datuk Hamzah adalah untuk membolot harta Tan Sri Zaini.


Nantikan Download link beberapa minggu lagi

0 comments: